Kali Ini Ku Tak Banyak Bermimpi . .
Cukup Hanya Menggantungkan Hari Ini . .
Kepada Waktu & Kemauan Di Hati . . .
Aku Tahu Semua Orang Tak’kan Mengerti . .
Tentang Aku & Segala Kerisauan Hidup Ku . .
Tapi Ku Coba Terus Mendaki Tuk Membuktikan . .
Bahwa Aku Bisa Meraihnya Kembali . . .
Tuk Penyelesaian Di Hati . . Ku Selalu Membangun Diri . .
Apa Yang Benar Sengaja Ku Terus Memimpikan . .
Biar Menjadi Tanda Bagi Penilaian Ku . .
Tak Ada Kata Menyerah Hanya Untuk Kegagalan . . .
Aku Mau Seperti Yang Ku Mau . .
Aku Ingin Biar Semua Tak Menginginkannya . .
Hanya Satu Dalam Tujuan Hidup Ku . .
Aku Bisa . . & Terus Belajar Untuk Bisa Meraih Cerita Ku Nanti . .
Doakanlah . . .
Rabu, 09 Januari 2013
Rabu, 02 Januari 2013
KISAH ASHABUL KAHFI
Kami
ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya
mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi
mereka dengan hidayat lagi petunjuk. (al-Kahfi: 13 )
Pemuda-pemuda
itu berhenti melepaskan lelah. Peluh menitis membasahi dada dan tengkuk.
Terikan matahari menambah lagi rasa haus. Mereka sungguh letih, mereka juga
lapar. Tetapi mereka tidak boleh berhenti lama. Musuh bila-bila masa sahaja
akan dapat menghidu gerak langkah mereka. Mudarat terlalu besar jika mereka
terus berada di kota atau bertahan lebih lama. Akhirnya langkah mereka sampai
ke gua. Oh Tuhan, Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan
serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.
Gua
yang gelap menjadi pilihan Allah untuk mereka. Boleh jadi ada kerahmatan dari
sisi Allah untuk mereka di sini setelah seisi kota memusuhi mereka.
Bukan!..bukan! Mereka bukan sahaja bermusuh tetapi ingin merejam dan membunuh
mereka.
Bumi
yang luas dirasakan sempit apabila desakan dan tentangan dakwah mereka diancam.
Jika mereka terus tinggal, satu persatu nyawa mereka akan hilang sedangkan
mereka masih muda. Mereka masih baru. Mereka perlu selamatkan diri. Dakwah ini
lebih panjang. Desakan demi desakan yang membahayakan menjadikan mereka hampir
lemas dan tewas.
Tidak!
Iman tidak sesekali akan tewas pada kekufuran. Itulah nekad mereka. Mereka
bangkit berdiri. Mereka telah nyatakan apakah yang hak dan apakah yang batil.
Buat masa ini mereka perlu bertahan. Mungkin berundur sebelum mengambil langkah
seterusnya. Barangkali gua yang suram boleh membuka jalan ilham dari Allah yang
lebih terang. Barangkali Allah ingin tunjukkan bahawa memadai dalam gua yang
kecil ini mereka mampu mengatur semula langkah dakwah yang lebih besar dan
lebih berkesan pada keesokan hari.
Akhirnya
mereka bersandar di dinding gua, menghela nafas yang panjang. Takut, waspada,
redha dan syukur. Perasaan bercampur-baur. Tetapi hati mereka tetap cemas.
Bimbang dan cemas untuk menutup mata. Bagaimanakah jika mereka tertidur musuh
datang mengheret mereka? Bagaimana jika mereka terlelap keselamatan
saudara-saudara seperjuangan akan terancam? Masing-masing memandang wajah-wajah
saudara mereka yang sudah keletihan. Mereka juga letih seperti dirinya. Tetapi
mereka masing-masing sanggup buat apa sahaja untuk menjaga keselamatan
sahabat-sahabat seperjuangan. Mereka sanggup meminggirkan kantuk, membuang
penat sendiri kerana mengenangkan saudara-saudara mereka ini yang bertungkus
menghayun langkah dan dakwah.
‘Tuhan
kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi!’
‘Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya’
‘Jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.’
‘Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya’
‘Jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.’
Peristiwa,
tutur kata dan karekter berani sahabat-sahabat mereka di kota tadi bagaikan
tayangan yang berulang. Peristiwa itulah pengalaman dakwah yang paling kemuncak
mereka lakukan. Biarpun pedih dengan kata nista yang dilemparkan, biarpun teruk
layanan yang mereka terima akan tetapi mereka tetap hadapi tekanan, bantahan
dan celaan dengan sabar. Keadaan menjadi kian runcing, apabila mereka menjadi
buruan, mereka diisytihar sebagai kumpulan yang salah dan diancam dengan
hukuman, maka demi keselamatan mereka dan masa depan dakwah akhirnya membawa
mereka ke gua.
‘Sepatutnya
kaum kita yang menyembah tuhan-tuhan yang banyak nyatakan hujah’, kata salah
seorang dari mereka.
‘Ya,
sepatutnya mereka boleh datangkan hujah dan bukti tentang tuhan yang mereka
sembah’, sahut seorang lagi.
‘Mereka
zalim dan menzalimi diri sendiri’ ujar yang lain pula.
Andainya
mereka berfikir untuk mencari-cari hujah. Bukan mengikut emosi, bukan hanya
mengikut sahaja cara hidup tradisi. Sudah tentu mereka tidak menolak. Mereka
bukan tidak cerdik. Ada yang memimpin masyarakat. Ada yang bijak mencari
kekayaan. Ada yang memimpin kota dan berkuasa sebagai penguasa.
‘Tidak
sepatutnya mereka menolak dan berdusta terhadap Allah Tuhan yang sebenarnya’.
Akhirnya
Allah tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu. Hari berganti hari,
minggu bertukar, musim berubah…Biarpun matahari terbit dan memacar cahaya
menembusi gua di sebelah kanan dan tenggelam di sebelah kiri mereka. Mereka
terus lena.
Sesekali
posisi badan mereka berubah, anggota mereka bergerak-gerak dan mata mereka
tidak rapat tertutup lantaran cemas dan waspada. Tetapi mereka tidur
bertahun-tahun dalam jagaan Allah dengan seekor anjing serigala penjaga di
pintu gua yang menimbulkan rasa gerun jika ada manusia yang mampir.
Kemudian
Allah bangkitkan mereka dari tidurnya, dan membuatkan mereka tertanya-tanya
sesama sendiri.
‘Berapa
lama kita tidur?
‘Mungkin
kita tertidur seharian atau separuh hari’
‘Allah
jua yang lebih mengetahui’
Tetapi
hal tidur ini bukan utama bagi mereka. Biarlah waktu dan tempoh tidur itu terus
menjadi rahsia di antara rahsia-rahsia Allah. Itu kesimpulan akhir mereka.
Bukankah dalam kerja-kerja dakwah ini penuh dengan rahsia-rahsia dari Allah.
Termasuk bilakah akan tibanya hari keimanan dan kemenangan. Andainya manusia
tahu semua perkara, maka apa perlunya lagi usaha, langkah, rancangan dan
waspada.
‘Ayuh,
seorang dari kita perlu keluar mencari makanan’ Ujar seorang pemuda. Lantas
salah seorang dari mereka dipilih. Mereka perlu makan, jika tidak makin mudarat
jadinya nanti. Jika ada seorang yang sakit seluruh langkah usaha mereka akan
perlahan atau lumpuh dengan gangguan itu.
Tidak,
mereka tidak ingin mati kelaparan di sini. Andainya itu berlaku, sia-sialah
usaha mereka selama ini. Biarpun memang akan ada risiko yang bakal berlaku
dalam setiap tindakan dan keputusan mereka, tetapi biarlah mereka mengambil
risiko yang paling kecil. Itulah pendirian mereka.
‘Bawa
wang perak kamu ke bandar dan pilihlah makanan yang baik dan halal’
‘Bawalah
pulang ke sini makanan dari kota, tetapi ingat saudara perlu berhalus dan
berhati-hati dalam semua segi dan perlakuan’. Pesan mereka lagi kepada saudara
mereka itu agar jangan sampai mata-mata musuh kenal dan sedar kehadirannya di
tengah khalayak.
‘Jika
tidak, mereka akan merejam dan bunuh atau mereka akan paksa kamu meninggalkan
akidah ini’
Dipendekkan
cerita, Allah dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya manusia mengetahui
bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari
kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa
orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula
orang mati. Mungkin bagi manusia, tidur hanya perkara yang kecil. Tetapi ia
adalah suatu rahsia dari Allah yang amat besar.
Mungkin
bagi Ashabul Kahfi, mengambil langkah kecil dan bertahan di gua adalah suatu
mudarat kecil yang terpaksa mereka hadapi. Langkah bagi mereka untuk
menyelamatkan mudarat besar yang tak terduga dan dakwah yang mereka harapkan
terus berpanjangan.
Tetapi
Allah jualah pemilik dan pengatur yang mutlak terhadap rahsia yang berlaku di
gua yang kecil. Allah juga biarkan kita terus-menerus tertanya-tanya berapakah
bilangan Ashab al-Kahfi seperti pemuda-pemuda bertanya-tanya sesama sendiri
berapa lamakah mereka tertidur. Allah biarkan kita tertanya-tanya dan tidak
terduga banyak perkara dan kejadian. Agar kita tidak berhenti untuk
mencari-cari rahsia dan kemukjizatan-Nya. Agar jiwa kita hidup, tidak buntu dan
sentiasa berfikir seperti pemuda Ashabul Kahfi.
Katakanlah
(wahai Muhammad): Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang
mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Oleh itu, janganlah engkau berbahas
dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana)
yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran) dan janganlah engkau meminta
penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang
membincangkannya). Sesungguhnya kisah Ashab al-Kahfi hanyalah secebis dari
rahsia keagungan Allah. (Al-Kahfi: 22 )
Dan
mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dan sembilan lagi
– (Al-Kahfi: 25)
Katakanlah
(wahai Muhammad): Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur;
bagiNyalah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang
sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk
langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Dia tidak menjadikan sesiapapun
masuk campur dalam hukumNya. – (Al-Kahfi: 26)
Adakah
engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan
‘Ar-Raqiim’ itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaan Kami? – (Al-Kahfi: 9)
Nota:a) Kisah ini diambil sumbernya dari Surah al-Kahfi bermula dari ayat 9 sehingga 26. Kesemua dialog dan gambaran mereka di dalam gua adalah dari ayat-ayat berkenaan.
b) Penulis hanya menambah di permulaan kisah ini berkenaan suasana ataupun keadaan mereka sewaktu dalam perjalanan ke gua. Untuk babak seterusnya dan juga setiap dialog dari tutur kata mereka semuanya berdasarkan ayat-ayat al-Quran dari surah tersebut.
c) Pembacaan kisah ini juga wajar digandingkan dengan kisah 2 sahabat Nabi s.a.w iaitu Abbad b. Bisyr dan Ammar b. Yasir r.a. Mereka ini dua sahabat, seorang Ansar dan seorang Muhajirin yang disaudarakan di atas nama persaudaraan Islam oleh Rasulullah s.a.w. Mereka ini muda, sebaya dan amat terkesan dengan surah al-Kahfi ini dalam tindakan dan dakwah yang mereka lakukan.
~*** KISAH NYATA KASIH SAYANG SEORANG IBU***~.
Konon
pada jaman dahulu, di Jepang ada semacam kebiasaan untuk membuang
orang lanjut usia ke hutan. Mereka yang sudah lemah tak berdaya dibawa
ke tengah hutan yang lebat, dan selanjutnya tidak diketahui lagi
nasibnya. Alkisah ada seorang anak yang membawa orang tuanya (seorang
wanita tua) ke hutan untuk dibuang. Ibu ini sudah sangat tua, dan tidak
bisa berbuat apa-apa lagi. Si anak laki-laki ini menggendong ibu ini
sampai ke tengah hutan. Selama dalam perjalanan, si ibu mematahkan
ranting-ranting kecil. Setelah sampai di tengah hutan, si anak
menurunkan ibu ini.
“Bu, kita! sudah sampai”,kata si anak. Ada perasaan sedih di hati si anak. Entah kenapa dia tega melakukannya. Si ibu , dengan tatapan penuh kasih berkata:”Nak, Ibu sangat mengasihi dan mencintaimu. Sejak kamu kecil, Ibu memberikan semua kasih sayang dan cinta yang ibu miliki dengan tulus. Dan sampai detik ini pun kasih sayang dan cinta itu tidak berkurang.
Nak, Ibu tidak ingin kamu nanti pulang tersesat dan mendapat celaka di jalan. Makanya ibu tadi mematahkan ranting-ranting pohon, agar bisa kamu jadikan petunjuk jalan”. Demi mendengar kata-kata ibunya tadi, hancurlah hati si anak. Dia peluk ibunya erat-erat sambil menangis. Dia membawa kembali ibunya pulang, dan ,merawatnya dengan baik sampai ibunya meninggal dunia.
“Bu, kita! sudah sampai”,kata si anak. Ada perasaan sedih di hati si anak. Entah kenapa dia tega melakukannya. Si ibu , dengan tatapan penuh kasih berkata:”Nak, Ibu sangat mengasihi dan mencintaimu. Sejak kamu kecil, Ibu memberikan semua kasih sayang dan cinta yang ibu miliki dengan tulus. Dan sampai detik ini pun kasih sayang dan cinta itu tidak berkurang.
Nak, Ibu tidak ingin kamu nanti pulang tersesat dan mendapat celaka di jalan. Makanya ibu tadi mematahkan ranting-ranting pohon, agar bisa kamu jadikan petunjuk jalan”. Demi mendengar kata-kata ibunya tadi, hancurlah hati si anak. Dia peluk ibunya erat-erat sambil menangis. Dia membawa kembali ibunya pulang, dan ,merawatnya dengan baik sampai ibunya meninggal dunia.
Langganan:
Postingan (Atom)